inilah lagu yg aku menyanyi masa aku umur 5 tahun di taski ABIM,best jadi tekong,masa tu suara x pecah lagi,semua puji..hahah,sekarang suara dah pecah..semua lari T_T
hmm teringat dekat arwah ayah aku..Al-Fatihah
Thursday, June 25, 2009
Di Pondok Kecil..
Tuesday, June 23, 2009
Paracetamol+Panadol Menstrual=Panadol????
Aku pening tadi..minta ubat dekat mak aku..nak panadol,aku tak taw mak aku letak panadol dekat mana,so mak aku kuarkan panadol..warna merah..ahhhhhhhh sudah..dem,adakah aku nak kena lagi..aku cakap "mak..tu panadol menstrual,bukan panadol"..selamba mak aku cakap "ler..paracetamol gak kan"..=.=
Ini yang aku nak cerita..3 tahun lepas,masa aku mula masuk kolej,aku selalu pening2 tak cukup tido,so bila balik rumah,aku minta bekalan panadol dekat mak aku,dia bagi aku sepapan panadol,warna merah besar2..aku time tu x taw,mak aku cakap,panadol tu kuat,tak payah makan bnyk,sebiji pun dah cukup..aku pun angguk jer,balik hostel,tiap2 kali pening,panadol tu lar aku telan...dem =.=,sampai kawan2 aku sakit pun aku bagi panadol tu,aku cakap,panadol nie kuat,korang telan sebijik jer,aku ngan member2 aku 2x5 jugak,semua x taw menstrual tu pekebenda..pakat2 telan bila pening..huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekarang nie baru aku tahu dan aku rasa tertipu..huhuhu prinsip mak aku..ubat asal sama nama..makan sama jugak effect nya T_T..
p/s:nasib mak aku tak bagi pil estrogen
Monday, June 22, 2009
PBSM
Tadi petang pegi hospital bukit mertajam,nak mengambil ubat untuk mak aku..pegi sorang2,on the way nak ke farmasi,aku ternampak seorang negro(orang kulit hitam) badan besar pakai cap dan t-shirt kuning PBSM,dalam hati aku terdetik,WOW..hebat,sampaikan orang asing pun masuk Persatuan Bulan Sabit Malaysia..
Aku pun lalu dan senyum dekat dia,tapi aku tengok mamat sebelah dia pakai uniform polis,muka sombong gila x senyum pun,apadaa mamat nie kerek senyuman..aku pun terus berlalu..amik no giliran,rupa2nya farmasi nie no giliran..hanya sekadar no,macam main tikam no ekor..bukannya ikut no giliran,no aku tadi 3358,current no 3344..wahh seronok lar aku,lagi baper orang jer lagi sampai giliran aku..3344..3345...tup tup ..3366 apakah @_@..pastu 3321..mula lar aku hangin..=.= last2 dekat sejam baru lar turn aku..
Dalam masa menunggu tu,aku dah lali2 mamai2..mengantuk..lepas tu,tetiba ada segerombolan manusia pakai baju t-shirt,ada merah ada kuning,n pakai cap..n ada polis..aku tengok ada mamat negro dan polis kerek tu..aik..pelik,kenapa tangan bergari..kata PBSM..tengok2 balik..rupanya blakang t-shirt tu tulis PSBM..taw apa
PUSAT SERENTI BUKIT MERTAJAM..@_@..dem aku tertipu dek senyuman negro tu..hahahahah,patut lar polis tu cam tension jer
p/s:harinie..hari mengantuk..sungguh letih
Datang Bulan
Jangan ingat kaum wanita jer datang bulan..kes aku pun pelik jugak..datang bulan,tapi bulan aku memang berbulan2..bukan seminggu or 2 minggu..macam bermusim plak..rasa macam nak tidurrr jer..agaknya ada darah beruang kot,time2 nie kena hibernasi T_T
Entahlar,kenapa semenjak sebulan dua nie rasa begitu malas untuk buat apa sahaja..nak online ym pun dah jadi malas,dah muak nak muntah bila tgk ym auto sign in..hmm,pelik2..hati pun rasa kosong,bercelaru..T_T,rasa sedih jer.waaaaaaaaaaaaaa..apa nak jadi nie?agaknya jiwa aku kosong sebab aku sendiri tak ikut nasihat yang aku beri.."Berzikirlah moga tenang hatimu damai jiwamu"
Nak update blog malas,nak keluar malas,nak pegi situ malas,nak minum air malas..kemalasan melampau..aku masih ingat lagi ada entry yg aku tulis tentang malas,rasanya kemalasan tu dah melanda balik,bak jerebu yang bermusim..huhu..warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh apa nak jadi nie..ya Allah..T_T.hati gundah gelana...sob sob
p/s: teddy bear besar yang dibeli masih terperuk di dalam beg plastik rasanya sebulan lagi boleh lar jadi jeruk
Sunday, May 31, 2009
Lagu Peferet
Aku tujukan lagu ini laju2 dekat kepala sesiapa yang mendengarnya..hahahaha lariiiiiiiiii
Makanan Ringan
Monday, May 25, 2009
Going up going down..going nowhere..atlast
Salam
lama betul aku tak update blog..rasa jari jemari nie dah macam malas nak menaip..sekarang nie musim cuti,paling bosan adalah cuti..takde aktiviti nak dibuat..boringnya di rumah..menternak lemak dan membina badan T_T..hahaha
Atleast 2 hari lepas aku ada juga pergi ke kelantan dan terengganu,rasanya last aku pijak tanah kelantan masa tu umur aku 12 tahun,ada mak sedara dekat sana,tapi aku malas nak pergi..jalan jauh sgt..family aku dan sedara2 aku dah tak terkira berapa kali diorang dah pergi kesana..bole kata tiap2 tahun..ntah2 setahun berkali2 pergi..aku jer malas,nak travel balik dari kuala lumpur ke penang naik bas pun aku malassssssssssssssssss arghhhhhhhhhhhh..better aku kumpul duit naik flight balik penang..huhuhu..kemalasan untuk travel,aku malas sebab balik umah aku ,sakit pinggang,sakit tekak..penyakit mengantuk nak tidur tak nak bangun..aduyai..
Tapi xper lar,atleast aku pergi kelantan ada jugak aku beli hadiah untuk seseorang...tedy bear besar gilak..hahaha,beli kain batik ,itu pun akak aku yang tolong pilihkan,kalau harapkan aku satu wakaf che yeh aku borong..aku mmg tak reti nak memilih,kalau satu,itu jer..xreti bnyk2..nak beli baju untuk diri aku sendiri pun aku pening,tambah nak beli untuk orang perempuan..alamakatak lar jawabnya..thanx to akak n zinnirah..nasib hampa ada,kalau tak,aku dah borong tudung zaman tok aku..hahahah..
pening..nak pergi joging tadi..last2 joging naik moto..dem
Tuesday, April 28, 2009
Sekilas Pandang di Pesta Buku PWTC

Salam
Walaupun diri ku selalu disibukkan dengan berbagai-bagai aktiviti,kadang2 berfaedah dan kadang2 kurang berfaedah,tapi Alhamdulillah,25/4/2009,aku sempat meluangkan masa untuk pergi ke gathering iluvislam.com di Pesta Buku PWTC,awal2 pagi lagi aku dah kuar,agak2 dalam pukul 7 pagi aku dah redah embun pagi(pagi lar sangat) di kampung baru,berjalan kaki ke stesen LRT Kampung Baru,berhenti di stesen Masjid Jamek dan amik STAR ke PWTC,perut rasa lapo,mulut berbau memandangkan aku belum bersarapan,aku mencari gerai2 makanan,Alhamdulillah,dapat minum milo panas segelas,baru rasa segar sikit.
Jam Menunjukkan pukul 8.10 Pagi,wah..awal gila aku datang,rasanya aku nie dah sebaris dengan pak guard pak guard di PWTC,tolong buka dewan PWTC T_T,masuk kejap dalam PWTC sambil berlegar2 sorang2,dalam 8.30am aku call akhi Imran,tanya dekat mana nak jumpa sebab aku kurang pasti,lagipun last datang PWTC nie masa masjlis Convo abg ipar aku 2tahun lepas.Imran cakap tunggu dia depan CIMB PWTC.ok aku pun tunggu
Sebelah CIMB PWTC,ada gerai makan,gatal kaki pegi jenguk2,perghh ada sandwich,sedap nie,"abang,sandwich ayam ada?bagi sandwich ayam dengan nescafe ais,ais kurang ye,pagi-pagi x elok minum ais sgt",hahaha..tet tet tet tot tet..RM7.00..rasa macam rahang mulut aku nak jatuh ke lantai PWTC macam citer the mask tu..biar betui,,sandwich dengan nescafe ais rm 7.00 terkedu aku..tapi dah order,bayar jer lar T_T,berat ati aku,aku makan sandwich tu se slow yang mungkin,ingin merasai nikmat RM4.00 huhuh..
Ok lar,malas nak story lebih2,akhirnya jumpa dengan krew2 iluvislam dan Alhamdulillah,semua berjalan lancar,so ini aku nak letak photo gathering kitorang tu..kepada yang tahu,jangan jeles yer,yang tak tahu,pura-pura macam tahu..A samad said ada,ustaz saiful islam ada,izat tarmizi pun ada,hahaha
Teka aku beli buku apa...hahahahaha...25 tips pasangan bahagia...hahahahaha peace bebeh!!!^_^v
Nufair Booth
Ramai gila makhluk..saper cakap melayu malas nak baca?diorang kan rajin meramaikan majlis
Galeri buku
Pakcik Baju hijau tu cute
Krew Iluvislam,xsabar nak di belanja makan oleh presiden iluvislam
Krew Muslimah Iluvislam,anugerah makan paling cepat,cepat beno diorang habiskan makanan
En Lisam dan En Saifuddin,masa progam Apprentice,belek2 beli buku
The Mall,tempat kitorang makan
Usrah Awal Pagi di Surau PWTC,sesi Taaruf
Menunggu krew2 iluvislam yang lain..dekat sini lar aku kena cekik darah sandwich+nescafe ais..RM7.000 T_T
Tuesday, April 14, 2009
Thursday, April 2, 2009
Monday, March 23, 2009
Malam yang sepi
Aku.....xsuka perasaan yang sepi nie..bila tiba tengah malam,bila semua dah tidur,bila aku belum tidur,bila aku merasa kesepian dalam hati,aku x suka..syaitan membisikkan kesunyian dan kesedihan dalam hati aku agar aku terkenang perkara-perkara yang lepas..perkara yang membuatkan air mata panas mengalir di pipi ku..ya Allah..tabahkan hati hamba Mu ini yang penuh dalam dosa dan ya Allah,andai ini ujian dari Mu atas apa yang telah aku lakukan,aku terima dengan tabah walaupun hati ini menangis kerinduan..menanti mu..
macamana nak study nie..esok test 
nak study ke
tido time study
my choice
p/s:Banyakkan Zikir..bukan dengar lagu Faizal Tahir-Sampai syurga,ingat leh masuk syurga kalau dengar lagu tu ke izat...
Sunday, March 22, 2009
Lagenda Baja Hitam!!!
Salam
Masih ingat lagi kah korang dekat lagu ini?yah..lagu yang penuh nostalgia,dan cerita yang memberi impak besar kepada kanak2 rebina seperti aku 11 tahun yang lepas,kalau tak silap aku,cerita satria baja hitam selalu ditayangkan dalam pukul 3 petang dan waktu tu aku dalam kelas fardu ain,biasalah,budak-budak,lepas sekolah kebangsaan,pukul 2.30petang,masuk kelas fardhu ain pulak sampai pukul 5 petang,tapi dulu kenakalan memang melampau,sebabkan baja hitam ini lah aku akan cilok lari dari fardu ain,balik ke rumah semata2 nak tengok cerita nie,mak aku tanya,aku cakap tengah rehat,hahahah,walhal rumah aku dengan fardhu ain tu,sekentut jer,selang dalam 7 biji rumah,hahaha,aku pernah potong sarung tangan yang orang guna untuk cat rumah tu,just potong dekat tempat jari2 nya,ala,macam hero baja hitam pakai tu,cool gila ah boleh pakai macam tu sambil bawak beskal,hahaha
Klik read more to read
Minat habis lar aku dengan hero nie,sampai sekarang nie pun kalau diorang buat test macamana cara nak bertukar,tanya lah aku,aku dah hafal step2 untuk bertukar menjadi baja hitam,hahaha,memang memori yang best,tgk baju baja hitam,pergh cantik,tgk moto belalang tempur@kunyit cantik jer,nek beskal dulu,letak topeng baja hitam dekat depan..fikir2 balik sekarang,memang memori,sekarang nie aku tengok suit baja hitam,huduh,motornya huduh dan pelik,dulu lain sekarang lain,manusia punya cita rasa selalu berubah,kadang-kadang mengikut keadaan,kadang-kadang sebab pengalaman dan umur,tapi banyak yang berubah dari kebaikan kepada keburukan,macamana dulu kita nie sesuci sehelai kain putih,yang cantik,tapi hari ini kita berlumuran lumpur dan darah yang mana sabun buku fab pun belum tentu dapat menanggalkan kesan degil kotoran yang kita sendiri cari.
Tapi masih belum terlambat untuk berubah andai nafas masih dihembus dan jantung masih berdenyut,berubah kepada kebaikan dari buruk kepada baik,ada 5 golongan manusia:
1 yang tahu dia tahu dan tahu
2 yang tahu dia tahu dan tak tahu
3 yang tak tahu dia tahu dia tahu
4 yang tak tahu dia tahu dia tak tahu
5 yang tak tahu dia tahu perasan tahu
ha!!peningkan?aku pun pening masa dengar tazkirah subuh semalam di Masjid Usahamah Bin Zaid di Wangsa Maju,dengar banyak2 kali dah macam tauhu dah,berbelit2 dibuat nya,ok meh nak terangkan 
1. Yang tahu dia tahu dan tahu
-ini adalah orang alim ulama yang tahu tentang ilmu yang dia ada dan tahu tentang tanggungjawabnya dan tahu untuk menyebarkannya,golongan ini memang golongan yang harus kita ikuti
2 Yang tahu dia tahu dia tak tahu
-Golongan yang mempunyai ilmu dan dia tahu dia mempunyai ilmu,tapi dia tak tahu untuk menyebarkan nya,golongan seperti ini kita harus bertanya dan menyuruh mereka menyebarkan ilmu yang ada
3 Yang tak tahu dia tahu dia tahu
-Ini pulak,golongan yang tak tahu ,mean tidak berilmu,tapi dia tahu dia tidak berilmu dan sekaligus berusaha mencari ilmu agar penuh didadanya,golongan ini adalah mereka yang rendah diri dan zuhud dalam mencari keredhaan Allah,bagus nie..mencari kebenaran
4 Yang tak tahu dia tak tahu dia tak tahu
-Yang ini memang golongan di klasifikasikan..tak boleh belah..dah takdak ilmu,tak tahu pulak nak mencari,pastu buat tak kisah pulak,golongan macam nie,kalau jumpa,baling batu dan lari jauh2,mereka adalah golongan yang akan menjahanamkan orang2 yang berada di sekeliling
5 Yang tak tahu dia tahu buat tahu
-ini lagi satu pelingkup masyarakat,boleh dikatakan syaitan masyarakat(syaitan adalah kata nama,mean setiap yang jahat,yg bernyawa berkelakuan huduh teruk nak mampus,itulah syaitan,aku pun baru tahu semalam)dah lar tak tahu,dia tahu dia xder ilmu,tak tahu,tapi pandai2 plak nak kuar dalil,ustaz itu tak betul ustaz ini tak betul,golongan ini memang perosak masyarakat,bangsa dan agama,kalau jumpa orang macam nie,ignore kan,buat tak tahu jer..
so..anda di tempat yang mana?fikir2 kan lah
p/s: aku ada test esok T_T,huagggrhhh nak melepaskan tension kejap
p/s/s:apa2 pun aku tetap minat baja hitam 
Friday, March 20, 2009
Khaibar Khaibar Ya Yahud!
Kalau dengar lagu nie tapi masih belum ada semangat ingin berjihad dalam diri,tak tahu lah nak cakap apa,moga Allah mengampuni diri mu







Wednesday, March 18, 2009
Ini hardcore ke..tak perasan???

Actually gambar di atas nie xder kena mengena pun dengan cerita di bawah,cuma aku heran,hardcore sangat kah insan yang digelar melayu nie?ataupun dia tak perasan..pelik pelik..
Salam
Kadang-kadang aku hairan dengan manusia yang digelar melayu,hardcore kah diorang ataupun diorang nie benar-benar tak faham?Tadi aku pergi ke Times Square,nak buat tempahan lane bowling untuk tournament Universiti aku,malas aku nak pergi times square,ya..aku malas nak pergi times square,patutnya aku dah gerak ke times square pukul 2.30,tapi aku rasa begitu malas untuk pergi ke Times Square sebab aku ada sejarah hitam di sana,dah kena pergi sorang-sorang,aku tunggu di lobi Universiti,dekat pukul 4 lebih baru aku bergerak,sambil dalam hati berdegup-degup,aku tak suka Times Square aku benci Times Square.
Aku takut sejarah akan berulang disana,aku bergerak sorang-sorang ke tempat bowling,ramai betul makhluk yang bernama melayu dengan pakaian caca merba,pelik,ada perempuan perasan cantik,pakai ala-ala Rihanna,R.Kelly,wah..hebat anak-anak KL,tapi yang aku nampak bukan RKelly atau Rihanna,dah nampak macam orang asli,aku rasa orang asli di Pahang lagi hensem.
Selesai aku membuat tempahan lane,aku cepat2 bergegas nak balik,aku tak suka times square..jalan dengan pantas ke escalator..arghhhhhhhhhhhhhh tidak!!!lepas aku turun 2 tiga escalator,sejarah lama berulang..aku kembali sesat
,waarrghhhhhhhhhhhh kenapa lar besar sangat times square nie,ini yang aku malas nak datang times square,dah masuk 3 kali aku sesat nak cari monorail,berpeluh2 aku berpusing2,aduhhhhh,dekat 10 minit pusing naik escalator yang sama..akhirnya pak guard yang nampak aku macam mencurigakan terus approach tanya aku,"nak pergi mana?,saya tengok awak dah 3 kali pusing dengan escalator nie",dengan ayu nya aku jawab "monorail pak cik.."..sungguh memalukan... Aku benci Times Square..
,
Friday, March 13, 2009
Button Badge iluvislam.com
Kalau berminat boleh contact aku di izat.tarmizi[at]gmail.com

*gantikan [a] dengan @
Saturday, March 7, 2009
Its 10% luck,20% skill,15%concentration,5% pleasure,50% pain..and 100% reason to remember the name
Pesanan untuk diri..bila aku tengok video nie,terasa sedih dan menitis air mata..betapa selama ini aku masih lagi 'tidur' dalam jaga..jangan mudah mengalah ya izat..bersabar dan berusaha walau jatuh beribu kali..engkau ada 'kaki' engkau ada 'tangan' engkau ada Dia yang Maha Mendengar












